Aku pasti punya masalah
tiap kali ingin menulis puisi buatmu
Entah kenapa,kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan aku keluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu,
Dan hari ini kau menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernag mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik,melolong,
Kekasihku,percayalah sebabnya ialah kasih & cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya ancaman dimana-mana,
tapi selagi kau didalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu.
Setiap saat dan waktu
Setiap siang dan malam
Setiap guruh dan hujan
Setiap panas dan terik
Setiap nafasku.
Aku sering menadah tapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau,bukan sahaja menjadi isteriku,
tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah swt.
Isteriku,
Selamat datang ke dalam hidupku,
Selamat menjadi isteriku,
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu kepada ibu bapa ku,
Selamat menjadi adik dan kakak pada adikberadikku,
Selamat menjadi pelengkap hidupku,
Selamat menjadi separuh dari aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan