Setiap orang mesti ada pengalaman bercinta kn..,ada yg pengalaman manis,pahit,masam(ad ke?) ...& mesti ad gak ad org melalui pengalaman hitam berkaitan cinta dlm hidupnye..Chill.....=)
Tapi dlm bicara ni aku x nak tau apa jenis pengalaman yg korang ad..just nk kongsi madah2 cinta hasil nukilan pencinta2 diluar sna. =)
ad gak sedutan2 dr dlm buku2 novel2..

(NOT ALL PEOPLE CAN UNDERSTAND THE WAY I AM. SOME PEOPLE HATE ME WHILE OTHERS LOVE ME. BUT I LOVE THE WAY I DON`T PRETEND TO BE SOMEONE, I`M NOT JUST TO IMPRESS ANYONE)


Sabtu, 24 Disember 2011

http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=4892

Isnin, 5 Disember 2011

Puisi Cinta yang lahir dari hati

Aku pasti punya masalah
tiap kali ingin menulis puisi buatmu
Entah kenapa,kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan aku keluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu,
Dan hari ini kau menjadi isteriku.


Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernag mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik,melolong,
Kekasihku,percayalah sebabnya ialah kasih & cinta.


Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya ancaman dimana-mana,
tapi selagi kau didalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu.
Setiap saat dan waktu
Setiap siang dan malam
Setiap guruh dan hujan
Setiap panas dan terik 
Setiap nafasku.


Aku sering menadah tapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau,bukan sahaja menjadi isteriku,
tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah swt.


Isteriku,
Selamat datang ke dalam hidupku,
Selamat menjadi isteriku,
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu kepada ibu bapa ku,
Selamat menjadi adik dan kakak pada adikberadikku,
Selamat menjadi pelengkap hidupku,
Selamat menjadi separuh dari aku.